. JAMALUDIN'S DAUGHTER

Wednesday, June 4, 2014

"Kegilaan"

Assalamualaikum.

Oh tidak! kegilaanku makin menjadi jadi bila layan cerita ni...Nak tau cerita apa? meh usha gambar bawah ni..


Entah kenapa tertarik sangat dengan cerita ni. kalau tertinggal 1 episod terasa rugi yang amat. So, setiap ISNIN hingga KHAMIS tepat pulu 3.00 ptg konfem melekat depan tv. hahaha. Cerita ni makin lama makin best. Tapi sayangnya iklan banyak sangat. tak sampai 1 jam pun. Dah nak tunggu episod akan datang, excited sangat nak tau apa yang jadi dengan si ANGELINE, NIGEL, HEIDI, MARCEL, CHANTAL, YOLANDA, ROMEO SALCEDO entah kenapa benci pulak tengok perwatakan dia. dengan topinya memanjang.
Angeline tu cantik sangat sebelum bertukar jadi Chantal Gonzales. Bila dah transform lagi lah makin cantik. Sue bila tengok cerita ni geram ja tengok si Heidi dengan Marcel tu. Dua-dua buta perut belako. Mentang-mentang dari golongan atasan..
Tak sabor nak tau episod by episod macam mana jalan ceritanya tapi dop tahu guane. So, kena telan jugaklah tengok di tv tu..
Sabar..sabar..sabar..still can't wait for the last episodes!
Bagi yg belum layan lagi cerita best ni, harap sangatlah tengok. Rugi tauu kalau tak tengok. hahahaha..k lah need to sleep..wanna save my energy...need to rest. Daaa~
 


sabar itu separuh daripada iman (^_^)

Tuesday, June 3, 2014

Giveaway Jun by Syira Lokman


http://syiralokman.blogspot.com/2014/06/giveaway-jun-by-syira-lokman.html
 NAK JOIN?
[KLIK SINI ]
 

Assalamualaikum.
 Dah masuk bulan Jun. Kali ni ada lagi giveaway dari Syira Lokman. Giveaway ni selama 2 MINGGU saja tau...Banyak hadiah menanti anda! Antaranyaa :

Lavanessa Swiss Professional Skin Care Treatment 10 pcs Rm125 x1- Akif Imtiyaz
Halfmoon Glitter Shawl x1 - Efa
Custom Made Lace Shawl x1- Efa
Novel karya Hilal Asyraf x1- Edo Hayra
Diy brooch x5- Eymasu craft
Mini Notebook x1 - Umira
Kad Blogger x5- Ana Ahmad
Topup RM5 x2 -Hani
Topup RM5 x2 - Siti Hajar
Topup RM5 x2 - Diba
Topup RM1O x1-Iskandar Daughter
Topup RM10 x2 -Fatihah
Edit Full Template x2 - Myra Azmee
Review blog x 2 -Syira
Bloglist 2014 x3 - Syira

TOP REFERRAL

Tapak iklan PERCUMA x2 (Kekal sampai hujung tahun) -Syira
Tempoh  : Mula : 3 Jun 2014 dan Tamat : 17 Jun 2014 : 11.59 malam.

Jom join! 33 PEMENANG dicari =D


sabar itu separuh daripada iman (^_^)

Wednesday, May 28, 2014

KEK PISANG KUKUS

Assalamualaikum, haii ketemu lagi kita yaa. Moga sehat belako semuanya. Untuk entry kali ni, just nak kongsi resepi kek pisang yg mudah dan cepat! Sue pun baru ja test buat hihi. Tapi kek pisang ni dikukus. takda oven. Resepinya sememangnya mudah dicuba. Bagi someone yg tak reti buat kek pun sonang jo haa nak buek kek pisang kukus ni. Harap dapat membantu. cuba lah try yaa =)

Bahan-bahan :
Tepung gandum 2 cawan
Baking powder 1 sudu kecil
Soda bikarbonat 1 sudu kecil
Esen vanilla 1 sudu kecil
Gula 1cawan
3 atau 4 biji pisang masak (ikut size) lenyekkan.
Minyak masak 1/2 cawan
2 biji telur

Cara-caranya :
  1. Ayakkan tepung, soda bikarbonat, baking powder dan ketepikan.
  2. Sapukan mentega di seluruh permukaan loyang. Masukkan air dlm periuk pengukus. Jangan terlalu banyak dan jangan terlalu sikit tau. Buka api perlahan..
  3. Putarkan telur bersama gula sehingga kembang.
  4. Masukkan esen dan pisang yg telah dilenyekkan tadi ke dalam bekas telur tadi dan putar hingga sebati. time ni memang macam nak meleleh ja air liur ni, bau pisang yg harum!
  5. Kemudian, masukkan tepung beserta bahan-bahan yg telah diayak tadi tu.
  6. Masukkan pula minyak dan kacau laju-laju sampai sebati semuanya. jangan sampainampak berketul-ketul tau! Fighting..hahaha best sangat kalau layan runningman. Oopss
  7. Akhir sekali, tuangkan adunan ke dalam loyang beserta kasih sayang tau. Kukus dalam 40 MINIT dengan API SEDERHANA.
  8. Nak tau dah masak atau belum, cer try cucuk dengan lidi atau pisau di bahagian tengah kek tu. kalau tak melekat, maknanya dah masak lah tu.
  9. Bila dah masak, biarkan sejuk dulu tau. Dan seterusnya bulehla hidangkan dan sumbat masuk mulut. hehe. 
Selamat mencuba tau..atau nk berkongsi resepi buleh saja. Ilmu baik kita berkongsi bersama. sekian...


sabar itu separuh daripada iman (^_^)

Tuesday, May 27, 2014

HOLIDAY DI KRABI, THAILAND. lalalalallaa~

Assalamualaikum, hai semua. sekian lama sue tak masukkan entry baru. tak ke mana pun, malas ja. hahaha. Harini nak cerita pasal apa eh? banyak benda yg ada dalam kepala ni asalnya. Okay dah tau, ramai kawan yg cakap best kalau jadi sue ni. sebabnya dapat ke luarnegara selalu. haha luarnegara lah tu kan ke THAILAND.Nak cerita lah ni. ke sana pun sebab rumah tok sebelah ayah di sana. TAMMALANG,SATUN. maybe ada lah kot yg tau pasal tempat ni kan. selalu balik sana pun tima raya ja. sue bila dah makin besor ni, malas pulak nak ikot mak ayah. So, adik-adik ja yg ikot.keluarga sue tak sama dgn orang lain sebab jarang pi holiday. kalau orang lain tu konfem ke tempat lain jugak macam HATYAI, BANGKOK, dan yg sewaktu dengannya. tapi last year sampai jugak KRABI. YEAYYY! best tau tak bagi yg belum sampai lagi. Alang-alang otw ke sana, singgah PHUKET, PHANG-NGA(tak sure betul ka tak ejaan tu). Memang tokseh lupa memory tu. Ohh best! Semua patut ke sana, banyak tempat yg menarik. dah kami ke sana, cukup-cukup bajet, so kebanyakan cuci mata je lah. hehe. barangan memang mahal jugak. sesuai sangat ramai mat salleh dan minah salleh. sebab tu la dikatakan cuci mata kann. hahaha. meh tengok gambar-gambar yg dijadikan bahan bukti yg mengatakan sue dh sampai sana. Oops! jangan jeles. hihi


gajah punya tempat ni, dekat phuket kalau tak silap. mahal uolss. kami cuci mata ja








tempat ni la yg sue taktau sgt nama tempat tu. betul rasanya PHANG-NGA. hihi. cantik kan?



 yes. they're my family. ada lagi 2 org tak termasuk sekali. si budak kecik tu suka buat muka kurang menyenangkan. haihh..





yeah. here it is. island hopping. krabi. nampak tak mat salleh dgn minah salleh tu? TIME NI sue mabuk laut, sempat lagi take some picture.


gambar tas tu memang cantik pemandangan situ. buleh tengok sunset. si rambut panjang tu our driver, hihi. peramah orangnya.
sudah cukup cukup sudah, cukup sampai di sini saja. hehe. sampai sini saja coretan kali ni. hope enjoy! daaaa..

sabar itu separuh daripada iman (^_^)

Sunday, September 30, 2012

kehilangan

pada tanggal 26 SEPTEMBER 2012, salah seorang daripada rakan saya telah kehilangan seorang insan yg amat bermakna dalam hidupnya, iaitu BONDAnya. sesungguhnya memang tidak sesekali terjangka bahawa di usia muda 40an, ibunya mengalami penyakit yang kritikal sehinggakan dimasukkan ke hospital. saya juga pernah beberapa kali menziarah arwah ibunya sebelum ini ketika di wad, High Dependency Ward (HWD) di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. selama 2 minggu lebih ibunya tidak sedarkan diri, malahan pula, terasa sebak di hati ketika melihat ibunya terlantar di hospital. Tambahan lagi, saya amat mengenali rakan dan keluarganya. so, walaupun ibunya yg sakit, saya juga terasa resah dan bimbang apabila si ibu yg merupakan insan terdekat tidak kelihatan sihat seperti hari sebelum ini. pada tarikh bermakna itu juga, ketika di sekolah, kami dikhabarkan berita oleh PK Form 6 mengenai ketiadaan ibunya. sedangkan saya boleh menitiskan air mata, inikan pula my best friend sendiri. NAMUN, saya berasa kagum atas ketabahan dalam dirinya kerana dapat menerima berita tersebut dengan penuh sabar. pada ketika itu juga, saya sering memikirkan apa yg akan terjadi sekiranya saya sendiri yang berada dalam situasi sedemikian. memang tak dapat dibayangkan.
Oleh sebab itu, kita perla tahu bahawa kehidupan kita di dunia adalah bersifat sementara. malah, setiap yang hidup pasti akan mati. so, sebagai hamba Allah di dunia ini, kita hendaklah bersedia sebelum mati iaitu perbaiki amalan-amalan yg dapat dijadikan sebagai bekalan di akhirat kelak. setakat sini sahaja buat kali ini. Wallahualam...
sabar itu separuh daripada iman (^_^)

Wednesday, September 19, 2012

"hindari sikap ini"


MENUDING JARI KE ARAH ORANG LAIN
ataupun secara ringkasnya, mempersalahkan orang lain semata-mata apabila diri sendiri juga mempunyai kekurangan. Memang tidak dapat dinafikan lagi, kerana ramai yg berpendapat bahawa kita tidak semuanya sempurna. Malah, setiap orang juga pernah melakukan kesilapan. Oleh itu, janganlah terlalu mudah menyalahkan seseorang apabila berlakunya sesuatu tanpa soal selidik terlebih dahulu. Kesimpulannya, sekiranya kita melihat sesuatu yg buruk pada orang lain, ia adalah cerminan untuk diri kita... kerana hanya orang yg hatinya tidak bersih, selalu melihat keburukan pada orang lain. setakat ini sahaja coretan utk kali ini. moga-moga ini dapat menjadi sesuatu yg berguna untuk saya dan anda sekalian. Wallahualam. :)


sabar itu separuh daripada iman (^_^)

Saturday, July 28, 2012

BULAN RAMADHAN

assalamualaikum , hai ! moga sihat sejahtera . sekarang bulan ramadhan tiba lagi, alhamdulillah kita masih dpt menjalani ibadah puasa pada tahun ini. Ramadhan adalah bulan yang mulia yang padanya ada kebaikan dan keberkatan. 
 Sesungguhnya telah termaktub di dalam Al-Quran dan Sunnah tentang kelebihan berpuasa secara umumnya. Antaranya : 
  •  Puasa mendekatkan diri dengan Allah. Allah berfirman : Maksudnya: “Lelaki-lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang menjaga kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar” [Al-Ahzab: 35] . 
  •  menyelamatkan seseorang dari neraka. Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah, kecuali Allah akan menjauhkan dia (kerana puasanya) dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” [HR Al-Bukhari: 2840, Muslim: 1153] . 
  • Puasa menjanjikan syurga. Dari Abi Umamah, beliau berkata: Maksudnya : Wahai Rasulullah! Tunjukkan kepadaku, amalan yang boleh membawaku kepada syurga, Nabi SAW bersabda: “Ke atasmu puasa, tidak ada amalan yang sama dengannya” [HR Annasa'i: 2220, Lihat Shahih Sunan Annasa'i: 2097.
  •  Abu Hurairah ra berkata : bahawa nabi saw bersada: Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharap, diampuni dosa-dosanya yang telah lalu [al-Bukhari dan Muslim]
  •   Orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka puasa dan ketika bertemu Tuhannya.



sabar itu separuh daripada iman (^_^)