Bahan-bahan :
Tepung gandum 2 cawan
Baking powder 1 sudu kecil
Soda bikarbonat 1 sudu kecil
Esen vanilla 1 sudu kecil
Gula 1cawan
3 atau 4 biji pisang masak (ikut size) lenyekkan.
Minyak masak 1/2 cawan
2 biji telur
Cara-caranya :
- Ayakkan tepung, soda bikarbonat, baking powder dan ketepikan.
- Sapukan mentega di seluruh permukaan loyang. Masukkan air dlm periuk pengukus. Jangan terlalu banyak dan jangan terlalu sikit tau. Buka api perlahan..
- Putarkan telur bersama gula sehingga kembang.
- Masukkan esen dan pisang yg telah dilenyekkan tadi ke dalam bekas telur tadi dan putar hingga sebati. time ni memang macam nak meleleh ja air liur ni, bau pisang yg harum!
- Kemudian, masukkan tepung beserta bahan-bahan yg telah diayak tadi tu.
- Masukkan pula minyak dan kacau laju-laju sampai sebati semuanya. jangan sampainampak berketul-ketul tau! Fighting..hahaha best sangat kalau layan runningman.
Oopss - Akhir sekali, tuangkan adunan ke dalam loyang beserta kasih sayang tau. Kukus dalam 40 MINIT dengan API SEDERHANA.
- Nak tau dah masak atau belum, cer try cucuk dengan lidi atau pisau di bahagian tengah kek tu. kalau tak melekat, maknanya dah masak lah tu.
- Bila dah masak, biarkan sejuk dulu tau. Dan seterusnya bulehla hidangkan dan sumbat masuk mulut. hehe.
No comments:
Post a Comment