. JAMALUDIN'S DAUGHTER: July 2012

Saturday, July 28, 2012

BULAN RAMADHAN

assalamualaikum , hai ! moga sihat sejahtera . sekarang bulan ramadhan tiba lagi, alhamdulillah kita masih dpt menjalani ibadah puasa pada tahun ini. Ramadhan adalah bulan yang mulia yang padanya ada kebaikan dan keberkatan. 
 Sesungguhnya telah termaktub di dalam Al-Quran dan Sunnah tentang kelebihan berpuasa secara umumnya. Antaranya : 
  •  Puasa mendekatkan diri dengan Allah. Allah berfirman : Maksudnya: “Lelaki-lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang menjaga kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar” [Al-Ahzab: 35] . 
  •  menyelamatkan seseorang dari neraka. Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah, kecuali Allah akan menjauhkan dia (kerana puasanya) dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” [HR Al-Bukhari: 2840, Muslim: 1153] . 
  • Puasa menjanjikan syurga. Dari Abi Umamah, beliau berkata: Maksudnya : Wahai Rasulullah! Tunjukkan kepadaku, amalan yang boleh membawaku kepada syurga, Nabi SAW bersabda: “Ke atasmu puasa, tidak ada amalan yang sama dengannya” [HR Annasa'i: 2220, Lihat Shahih Sunan Annasa'i: 2097.
  •  Abu Hurairah ra berkata : bahawa nabi saw bersada: Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharap, diampuni dosa-dosanya yang telah lalu [al-Bukhari dan Muslim]
  •   Orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka puasa dan ketika bertemu Tuhannya.



sabar itu separuh daripada iman (^_^)