. JAMALUDIN'S DAUGHTER

Wednesday, May 28, 2014

KEK PISANG KUKUS

Assalamualaikum, haii ketemu lagi kita yaa. Moga sehat belako semuanya. Untuk entry kali ni, just nak kongsi resepi kek pisang yg mudah dan cepat! Sue pun baru ja test buat hihi. Tapi kek pisang ni dikukus. takda oven. Resepinya sememangnya mudah dicuba. Bagi someone yg tak reti buat kek pun sonang jo haa nak buek kek pisang kukus ni. Harap dapat membantu. cuba lah try yaa =)

Bahan-bahan :
Tepung gandum 2 cawan
Baking powder 1 sudu kecil
Soda bikarbonat 1 sudu kecil
Esen vanilla 1 sudu kecil
Gula 1cawan
3 atau 4 biji pisang masak (ikut size) lenyekkan.
Minyak masak 1/2 cawan
2 biji telur

Cara-caranya :
  1. Ayakkan tepung, soda bikarbonat, baking powder dan ketepikan.
  2. Sapukan mentega di seluruh permukaan loyang. Masukkan air dlm periuk pengukus. Jangan terlalu banyak dan jangan terlalu sikit tau. Buka api perlahan..
  3. Putarkan telur bersama gula sehingga kembang.
  4. Masukkan esen dan pisang yg telah dilenyekkan tadi ke dalam bekas telur tadi dan putar hingga sebati. time ni memang macam nak meleleh ja air liur ni, bau pisang yg harum!
  5. Kemudian, masukkan tepung beserta bahan-bahan yg telah diayak tadi tu.
  6. Masukkan pula minyak dan kacau laju-laju sampai sebati semuanya. jangan sampainampak berketul-ketul tau! Fighting..hahaha best sangat kalau layan runningman. Oopss
  7. Akhir sekali, tuangkan adunan ke dalam loyang beserta kasih sayang tau. Kukus dalam 40 MINIT dengan API SEDERHANA.
  8. Nak tau dah masak atau belum, cer try cucuk dengan lidi atau pisau di bahagian tengah kek tu. kalau tak melekat, maknanya dah masak lah tu.
  9. Bila dah masak, biarkan sejuk dulu tau. Dan seterusnya bulehla hidangkan dan sumbat masuk mulut. hehe. 
Selamat mencuba tau..atau nk berkongsi resepi buleh saja. Ilmu baik kita berkongsi bersama. sekian...


sabar itu separuh daripada iman (^_^)

Tuesday, May 27, 2014

HOLIDAY DI KRABI, THAILAND. lalalalallaa~

Assalamualaikum, hai semua. sekian lama sue tak masukkan entry baru. tak ke mana pun, malas ja. hahaha. Harini nak cerita pasal apa eh? banyak benda yg ada dalam kepala ni asalnya. Okay dah tau, ramai kawan yg cakap best kalau jadi sue ni. sebabnya dapat ke luarnegara selalu. haha luarnegara lah tu kan ke THAILAND.Nak cerita lah ni. ke sana pun sebab rumah tok sebelah ayah di sana. TAMMALANG,SATUN. maybe ada lah kot yg tau pasal tempat ni kan. selalu balik sana pun tima raya ja. sue bila dah makin besor ni, malas pulak nak ikot mak ayah. So, adik-adik ja yg ikot.keluarga sue tak sama dgn orang lain sebab jarang pi holiday. kalau orang lain tu konfem ke tempat lain jugak macam HATYAI, BANGKOK, dan yg sewaktu dengannya. tapi last year sampai jugak KRABI. YEAYYY! best tau tak bagi yg belum sampai lagi. Alang-alang otw ke sana, singgah PHUKET, PHANG-NGA(tak sure betul ka tak ejaan tu). Memang tokseh lupa memory tu. Ohh best! Semua patut ke sana, banyak tempat yg menarik. dah kami ke sana, cukup-cukup bajet, so kebanyakan cuci mata je lah. hehe. barangan memang mahal jugak. sesuai sangat ramai mat salleh dan minah salleh. sebab tu la dikatakan cuci mata kann. hahaha. meh tengok gambar-gambar yg dijadikan bahan bukti yg mengatakan sue dh sampai sana. Oops! jangan jeles. hihi


gajah punya tempat ni, dekat phuket kalau tak silap. mahal uolss. kami cuci mata ja








tempat ni la yg sue taktau sgt nama tempat tu. betul rasanya PHANG-NGA. hihi. cantik kan?



 yes. they're my family. ada lagi 2 org tak termasuk sekali. si budak kecik tu suka buat muka kurang menyenangkan. haihh..





yeah. here it is. island hopping. krabi. nampak tak mat salleh dgn minah salleh tu? TIME NI sue mabuk laut, sempat lagi take some picture.


gambar tas tu memang cantik pemandangan situ. buleh tengok sunset. si rambut panjang tu our driver, hihi. peramah orangnya.
sudah cukup cukup sudah, cukup sampai di sini saja. hehe. sampai sini saja coretan kali ni. hope enjoy! daaaa..

sabar itu separuh daripada iman (^_^)

Sunday, September 30, 2012

kehilangan

pada tanggal 26 SEPTEMBER 2012, salah seorang daripada rakan saya telah kehilangan seorang insan yg amat bermakna dalam hidupnya, iaitu BONDAnya. sesungguhnya memang tidak sesekali terjangka bahawa di usia muda 40an, ibunya mengalami penyakit yang kritikal sehinggakan dimasukkan ke hospital. saya juga pernah beberapa kali menziarah arwah ibunya sebelum ini ketika di wad, High Dependency Ward (HWD) di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. selama 2 minggu lebih ibunya tidak sedarkan diri, malahan pula, terasa sebak di hati ketika melihat ibunya terlantar di hospital. Tambahan lagi, saya amat mengenali rakan dan keluarganya. so, walaupun ibunya yg sakit, saya juga terasa resah dan bimbang apabila si ibu yg merupakan insan terdekat tidak kelihatan sihat seperti hari sebelum ini. pada tarikh bermakna itu juga, ketika di sekolah, kami dikhabarkan berita oleh PK Form 6 mengenai ketiadaan ibunya. sedangkan saya boleh menitiskan air mata, inikan pula my best friend sendiri. NAMUN, saya berasa kagum atas ketabahan dalam dirinya kerana dapat menerima berita tersebut dengan penuh sabar. pada ketika itu juga, saya sering memikirkan apa yg akan terjadi sekiranya saya sendiri yang berada dalam situasi sedemikian. memang tak dapat dibayangkan.
Oleh sebab itu, kita perla tahu bahawa kehidupan kita di dunia adalah bersifat sementara. malah, setiap yang hidup pasti akan mati. so, sebagai hamba Allah di dunia ini, kita hendaklah bersedia sebelum mati iaitu perbaiki amalan-amalan yg dapat dijadikan sebagai bekalan di akhirat kelak. setakat sini sahaja buat kali ini. Wallahualam...
sabar itu separuh daripada iman (^_^)

Wednesday, September 19, 2012

"hindari sikap ini"


MENUDING JARI KE ARAH ORANG LAIN
ataupun secara ringkasnya, mempersalahkan orang lain semata-mata apabila diri sendiri juga mempunyai kekurangan. Memang tidak dapat dinafikan lagi, kerana ramai yg berpendapat bahawa kita tidak semuanya sempurna. Malah, setiap orang juga pernah melakukan kesilapan. Oleh itu, janganlah terlalu mudah menyalahkan seseorang apabila berlakunya sesuatu tanpa soal selidik terlebih dahulu. Kesimpulannya, sekiranya kita melihat sesuatu yg buruk pada orang lain, ia adalah cerminan untuk diri kita... kerana hanya orang yg hatinya tidak bersih, selalu melihat keburukan pada orang lain. setakat ini sahaja coretan utk kali ini. moga-moga ini dapat menjadi sesuatu yg berguna untuk saya dan anda sekalian. Wallahualam. :)


sabar itu separuh daripada iman (^_^)

Saturday, July 28, 2012

BULAN RAMADHAN

assalamualaikum , hai ! moga sihat sejahtera . sekarang bulan ramadhan tiba lagi, alhamdulillah kita masih dpt menjalani ibadah puasa pada tahun ini. Ramadhan adalah bulan yang mulia yang padanya ada kebaikan dan keberkatan. 
 Sesungguhnya telah termaktub di dalam Al-Quran dan Sunnah tentang kelebihan berpuasa secara umumnya. Antaranya : 
  •  Puasa mendekatkan diri dengan Allah. Allah berfirman : Maksudnya: “Lelaki-lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang menjaga kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar” [Al-Ahzab: 35] . 
  •  menyelamatkan seseorang dari neraka. Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah, kecuali Allah akan menjauhkan dia (kerana puasanya) dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” [HR Al-Bukhari: 2840, Muslim: 1153] . 
  • Puasa menjanjikan syurga. Dari Abi Umamah, beliau berkata: Maksudnya : Wahai Rasulullah! Tunjukkan kepadaku, amalan yang boleh membawaku kepada syurga, Nabi SAW bersabda: “Ke atasmu puasa, tidak ada amalan yang sama dengannya” [HR Annasa'i: 2220, Lihat Shahih Sunan Annasa'i: 2097.
  •  Abu Hurairah ra berkata : bahawa nabi saw bersada: Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharap, diampuni dosa-dosanya yang telah lalu [al-Bukhari dan Muslim]
  •   Orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka puasa dan ketika bertemu Tuhannya.



sabar itu separuh daripada iman (^_^)

Sunday, June 17, 2012

ERTI HIDUP

Assalamualaikum . hai u olls . apabila sebut mengenai kehidupan ramai yang akan terfikir akan liku-liku kehidupan yang dialaminya sehariann kn ? dari mula kita melihat dunia ini , sehinggalah saat kita sedang bernafas sekarang . hmmm . apabila usia semakin meningkat , kita akan mulai sedar betapa bernilainya 1 saat itu jika digunakan dengan sebaik mungkin . tapi , adakah 1 saat itu digunakan untuk kebaikan ? hehe . jawab dalam hati ye . sememangnya kita tidak perlu takut untuk hadapi cabaran mahupun masalah yang dihadapi . ini adalah disebabkan kita tidak bersendirian di dunia ini . amacam ? simple tak jawapan ? think positif k . kita ada family , kawan2 , dan lain2 . sudah tentu kita akan kongsi our problem dgn diorg kn ? anyone yang ade problem nk kongsi dgn saya pun boleh . insyaAllah pertolongan dapat saya berikan . for the most important things , kita perlu terus berusaha dan tidak mudah give up bila ade problem . ingat tu . semangat kental mesti ada !! mcm nk gi berperang ja . hahaha . k back to normal .bila difikirkan balik , cabaran yang dihadapi kita itulah yang mematangkan diri kita . bukan sahaja kepada diri kita malah kepada orang lain juga . oleh sebab itulah , sebelum melakukan sesuatu , fikirlah semasak-masak mungkin . kadang2 kita tidak sedar bahawa realiti kehidupan kita ini dipenuhi dengan banyak peluang . so dengan kesempatan itulah kita perlu on the spot set our mind apa kemahuan dan matlamat kehidupan kita yg sebenarnya . melalui inilah , masa depan kita akan wujud . itupun bergantung setinggi mana kemahuan yang kita inginkan . dimana ada kemahuan di situ ade highway knn ? hahaha citer adnan sempit . apa2 pun setiap perkara yg berlaku di dunia ini pasti ada hikmahnya . so , pandai2 korg la mcm mana nk corakkannya . heeee , sampai ketemu lgi . harap2 coretan saya berguna untuk kalian dan diri saya sendiri :D

sabar itu separuh daripada iman (^_^)